Thursday, January 10, 2013

KHASIAT-KHASIAT DELIMA YANG MENAKJUBKAN




Oleh: Patty Dellima
1.     Mencegah kanser dan penyakit jantung
Delima adalah buah yang kaya kandungan phytochemical.  Ia juga tinggi kandungan  flavonoids and polyphenols  yang merupakan antioksidan yang dapat memberikan perlindungan kepada penyakit jantung dan barah. Segelas jus delima mempunyai lebih kandungan antioksidan berbanding teh hijau, bluberri dan cranberry.  
Delima didapati dapat mencegah kanser payu dara. Penyelidik dari Israel menemui bahawa delima membantu mengurangkan sel-sel kanser pada payudara. Kandungan-kandungan dalam jus delima  menjadikan sel-sel sihat tidak rosak. Kajian lanjut menunjukkan pengambilan delima berpotensi mengurangkan rawatan chemotherapies (rawatan kanser) yang sbenarnya turut mematikan bukan sahaja sel2 kanser tapi juga sel-sel yang sihat.
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

2.  Menurunkan kolesterol, tekanan darah dan memulihkan atherosclerosis (jantung tersumbat)

Buah delima telah diuji secara klinikal. Hasil ujian adalah seperti berikut:
Bahan yang hanya ditemui dalam buah delima dipanggil punicalagins menunjukkan ia bermanfaat kepada hati dan saluran darah.  Punicalagins adalah komponen utama yang menjadikan buah delima  baik untuk kesihatan. Ia bukan saja merendahkan kolesterol, tetapi juga merendahkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah yang mencairkan sumbatan hati atau istilah perubatannya ‘atherosclerosis’.
Kajian perubatan terkini mengkaji pesakit hati dengan sumbatan arteri carotid yang teruk (severe carotid artery blockages).   Pesakit diberi satu ounce jus delima selama setahun. Bukan sahaja tekanan darah pesakit dapat dikurangkan sebanyak lebih dari 20 peratus, tetapi terdapat 30 peratus pengurangan atherosclerotic plaque. Manakala, pesakit yang tidak mengambil jus delima menunjukkan peningkatan 9 peratus pada atherosclerotic plaque. Sumber: http://www.drfuhrman.com/library/article19.aspx

Kolesterol bersifat ‘waxy’ (melekit), bahan seakan lemak (fat-like) yang ditemui dalam pelbagai anggota badan.

kolesterol LDL dipanggil  kolesterol jahat.  LDL pada dinding arteri menyebabkan pembentukan bahan yang keras dan tebal dipanggil  ‘cholesterol plaque’. Lama kelamaan ‘cholesterol plaque’ menyebabkan penebalan dinding arteri dan menyempitkannya, proses ini dipanggil atherosclerosis.  Ia kemudiannya menyebabkan coronary heart disease. (sakit jantung koronari)

3.Mencegah serangan jantung dan strok
Dalam satu kajian, antioksidan dalam delima didapati mengurangkan pengumpulan  platelet (platelet aggregation) yang  secara semulajadi merendahkan tekanan darah, faktor2 yang mencegah serangan jantung dan strok. Sumber:http://www.drfuhrman.com/library/article19.aspx
Dalam satu artikel yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition in 2000, penyelidik2 memperincikan satu eksperimen di mana orang dewasa yang sihat dan tikus yang tidak sihat diberi minum jus delima setiap hari.

“Selepas dua minggu, orang yang sihat menunjukkan peningkatakan tahap antioksidan yang menyebabkan penerunan 90 peratus oksidasi LDL (kolesterol jahat)..Oksidasi  LDL akan menyebabkan keradangan (inflammation) dalam arteri yang menyebabkan serangan jantung dan strok.

Manakala pada tikus, oksidasi LDL menurun sebanyak 90% selepas penggunaan jus delima”


4. Mencegah kanser payu dara, kanser prostat, kanser kolon, leukemia
Selain baik untuk jantung dan saluran darah, delima juga didapati mencegah kanser payudara, kanser prostat, kanser usus (kolon), leukemia dan mencegah ‘vascular changes’ (vascular dalam bahasa Melayu adalah ‘pembuluh’) yang menyebabkan pertumbuhan tumor dalam haiwan yang dikaji di makmal. Sesetengah kajian menunjukkan kesan anti kanser ini.
Jus delima mengandungi phytochemical yang memangkinkan penerima serotonin and estrogen, memperbaiki tanda2 kemurungan dan menguatkan tulang dalam kajian ke atas haiwan di makmal.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang menjalani pembedahan atau terapi radiasi untuk kanser prostat boleh mengurangkan peningkatan antigen prostat apabila mereka minum jus delima setiap hari.
Antigen adalah bahan yang menyebabkan pengeluaran satu atau lebih antobodi dalam badan kita dan menguatkan ketahanan badan melawan penyakit.
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

5. Osteoporosis  dan depression
Delima juga diberitakan bermanfaat untuk melegakan dan melindungi daripada kemurungan dan osteoporosis.

6.Alzheimer's
Badan manusia ada ‘free radicals’, iaitu molekul2 yang tak satabil yang boleh merosakkan DNA dan sel membran. Ini selalu membawa kepada kanser dan penyakit lain seperti alzhiemer. Dengam memakan delima, yang ada antioksidan seperti  polyphenols, tannins and anthocyanins, kita dapat boleh merendahkan risiko kanser, Alzheimer dan penuaan sebelum waktu.
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

7.Osteoarthritis
Selain kandungan antioksidan, delima juga ada kandungan yang melawan enzim yang “eats away at cartilage” (istilah perubatan yang saya belum dapat terjemahkan).  Ini melambatkan serangan  osteoarthritis. Delima juga mengandungi anti keradangan (anti-inflammatory) yang dapat merawat  penyakit.  Kajian terbaru menunjukkan delima dapat meningkat nafsu seks lelaki dan wanita.
Bagi pesakit Arthritis,  anda patut mencuba delima kerana ia tinggi Potassium yang membantu mengurangkan   symptoms2 arthritis.

8.Membantu merawat Gout
Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh lebihan asid uric dalam badan. Lebihan uric acid membawa kepada pembentukan Kristal ( “tiny crystals of urate”)  yang ada dalam tisu2 badan terutamanya sendi2. Aapabila Kristal terbentuk di sendi, ia menyebabkan serangan2 berulang pada keradangan sendi (arthritis).  Gout adalah satu penyakit yang kronik dan progresif.  Gout yang kronik juga boleh sebabkan  pengumpulan  ketulan keras uric acid dalam tisu2, terutama dalam dan di sekitar sendi dan boleh sebabkan kerosakan sendi, kurangkan fungsi buah pinggang dan menyebabkan batu karang (kidney stones (nephrolithiasis).

Delima boleh jadi makanan yang dapat mengawal serangan gout yang teruk. Jus delima yang tinggi potassium diperlukan oleh badan untuk melawan  serangan gout.


9.Delima adalah Natural Viagra
Menurut satu kajian percubaan, jus delima  berkesan untuk merawat mati pucuk atau  erectile dysfunction (ED),  penyakit yang menyerang 1 dalam  10 orang di seluruh dunia.

ED boleh disebabkan oleh  banyak faktor, seperti  arterial plaque, darah tinggi, penyakit hati, kencing manis, kerosakan saraf, atau kemurungan. ED adalah keadaan yang memberi kesan kepada  aliran darah ke zakar  semasa  ransangan seksual.
Segelas jus delima sehari boleh memberi kesan seperti kesan Viagra.  Kata saintis ini disebabkan oleh kandungan antioksidan yang tinggi yang menyebabkan pertambahan aliran darah.
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin).
10.Meningkatkan Berahi Seks
Satu gelas jus delima selama 15 hari sekurang2nya menurut satu kajian boleh meningkatkan kemampuan seksual.

Pengkaji di Queen Margaret University in Edinburgh mennemui bahawa lelaki dan wanita yg minum jus delima setiap hari selama dua minggu  mengalamai  pertambahan  dalam hormone testosterone,  yang meningkatkan nafsu seksual kepada kedua2 jantina.

Kajian melibatkan 58 sukarelawan berumur antara  21 and 64.

Di hujung  tempoh dua minggu, kedua2 jantina menunjukkan peningkatan pada tahap testosterone.

Menurut kajian itu lagi, ia juga mengeluarkan ‘adrenal glands dan ovaries’, meningkatkan nafsu berahi wanita  dan menguatkan tulang dan otot.


11.Anti-Clogging (Anti – Tersumbat)
Kesan anti penyumbatan (Anti-clogging) adalah kesan dari  antioxidants yang banyak didapati dalam delima. (saluran darah tersumbat)

12.Anti-Penuaan dan anti-kedut
Jus Delima mengandungi  Punicic Acid yang merupakan elemen anti-penuaan dan anti-kedut yang berkesan.

13. Merawat Putus haid (Menopause)
Jus Delima yang  mengandungi  phyto-estrogen membantu menyeimbangkan  estrogen dan mengurangkan ketidakselesaan  akibat menopause.

14. Menguatkan Sistem Pertahanan Badan
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

15. Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
 16. Merendahkan Tekanan Darah
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

 17. Menguatkan Kesihatan Gigi
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

 18. Mengurangkan Batuk Dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

19. Mengandungi Kepelbagaian Vitamin
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

20. Delima Amat Disyorkan Diambil Oleh Ibu-Ibu Hamil
·         Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
·         menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
·         menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
·         kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik


21. Melindungi Otak Bayi
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

22. Lagi Khasiat Delima
·         mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
·         merawat 'sinus'
·         meningkatkan tenaga
·         menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
·         Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
·         menormalkan fungsi hati
·         menstabilkan peredaran darah
·         merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
·         mencuci darah kotor

Kebaikan Bagi Wanita Yang Mengamalkan Pati Delima
1. Menegangkan payudara
2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

CARA AMALAN
·         1 sudu besar sebelum sarapan. (menurut pakar, sebaik2nya semasa perut kosong)
·         Boleh diminum terus atau dibancuh dengan segelas air.

2 comments:

  1. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  2. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete