Oleh: Patty Dellima
1. Mencegah kanser dan
penyakit jantung
Delima adalah buah yang kaya
kandungan phytochemical. Ia juga tinggi
kandungan flavonoids and polyphenols yang merupakan antioksidan yang dapat
memberikan perlindungan kepada penyakit jantung dan barah. Segelas jus delima
mempunyai lebih kandungan antioksidan berbanding teh hijau, bluberri dan
cranberry.
Delima didapati dapat mencegah kanser payu dara. Penyelidik
dari Israel menemui bahawa delima membantu mengurangkan sel-sel kanser pada
payudara. Kandungan-kandungan dalam jus delima
menjadikan sel-sel sihat tidak rosak. Kajian lanjut menunjukkan pengambilan
delima berpotensi mengurangkan rawatan chemotherapies (rawatan kanser) yang
sbenarnya turut mematikan bukan sahaja sel2 kanser tapi juga sel-sel yang
sihat.
Delima membantu melancarkan
peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada
penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan
antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding
arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima
mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang
mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
2.
Menurunkan kolesterol, tekanan darah dan memulihkan atherosclerosis (jantung tersumbat)
Buah delima telah diuji secara klinikal. Hasil ujian adalah seperti berikut:
Bahan yang hanya ditemui dalam buah
delima dipanggil punicalagins menunjukkan ia bermanfaat kepada hati dan saluran
darah. Punicalagins adalah komponen
utama yang menjadikan buah delima baik
untuk kesihatan. Ia bukan saja merendahkan kolesterol, tetapi juga merendahkan
tekanan darah dan meningkatkan aliran darah yang mencairkan sumbatan hati atau
istilah perubatannya ‘atherosclerosis’.
Kajian perubatan terkini mengkaji
pesakit hati dengan sumbatan arteri carotid yang teruk (severe carotid artery
blockages). Pesakit diberi satu ounce
jus delima selama setahun. Bukan sahaja tekanan darah pesakit dapat dikurangkan
sebanyak lebih dari 20 peratus, tetapi terdapat 30 peratus pengurangan atherosclerotic
plaque. Manakala, pesakit yang tidak mengambil jus delima menunjukkan
peningkatan 9 peratus pada atherosclerotic plaque. Sumber: http://www.drfuhrman.com/library/article19.aspx
Kolesterol bersifat ‘waxy’ (melekit), bahan seakan lemak (fat-like)
yang ditemui dalam pelbagai anggota badan.
kolesterol LDL dipanggil kolesterol jahat. LDL pada dinding arteri menyebabkan pembentukan bahan yang keras dan tebal dipanggil ‘cholesterol plaque’. Lama kelamaan ‘cholesterol plaque’ menyebabkan penebalan dinding arteri dan menyempitkannya, proses ini dipanggil atherosclerosis. Ia kemudiannya menyebabkan coronary heart disease. (sakit jantung koronari)
3.Mencegah serangan jantung dan strok
kolesterol LDL dipanggil kolesterol jahat. LDL pada dinding arteri menyebabkan pembentukan bahan yang keras dan tebal dipanggil ‘cholesterol plaque’. Lama kelamaan ‘cholesterol plaque’ menyebabkan penebalan dinding arteri dan menyempitkannya, proses ini dipanggil atherosclerosis. Ia kemudiannya menyebabkan coronary heart disease. (sakit jantung koronari)
3.Mencegah serangan jantung dan strok
Dalam satu kajian, antioksidan dalam
delima didapati mengurangkan pengumpulan platelet (platelet aggregation) yang secara semulajadi merendahkan tekanan darah,
faktor2 yang mencegah serangan jantung dan strok. Sumber:http://www.drfuhrman.com/library/article19.aspx
Dalam satu artikel yang diterbitkan dalam American Journal
of Clinical Nutrition in 2000, penyelidik2 memperincikan satu eksperimen di
mana orang dewasa yang sihat dan tikus yang tidak sihat diberi minum jus delima
setiap hari.
“Selepas dua minggu, orang yang sihat menunjukkan
peningkatakan tahap antioksidan yang menyebabkan penerunan 90 peratus oksidasi
LDL (kolesterol jahat)..Oksidasi LDL akan
menyebabkan keradangan (inflammation) dalam arteri yang menyebabkan serangan
jantung dan strok.
Manakala pada tikus, oksidasi LDL menurun sebanyak 90% selepas penggunaan jus delima”
Manakala pada tikus, oksidasi LDL menurun sebanyak 90% selepas penggunaan jus delima”
4. Mencegah kanser payu dara, kanser prostat, kanser kolon,
leukemia
Selain baik untuk jantung dan saluran
darah, delima juga didapati mencegah kanser payudara, kanser prostat, kanser
usus (kolon), leukemia dan mencegah ‘vascular changes’ (vascular dalam bahasa
Melayu adalah ‘pembuluh’) yang menyebabkan pertumbuhan tumor dalam haiwan yang
dikaji di makmal. Sesetengah kajian menunjukkan kesan anti kanser ini.
Jus delima mengandungi phytochemical
yang memangkinkan penerima serotonin and estrogen, memperbaiki tanda2
kemurungan dan menguatkan tulang dalam kajian ke atas haiwan di makmal.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang menjalani pembedahan
atau terapi radiasi untuk kanser prostat boleh mengurangkan peningkatan antigen
prostat apabila mereka minum jus delima setiap hari.
Antigen adalah bahan yang menyebabkan pengeluaran satu atau
lebih antobodi dalam badan kita dan menguatkan ketahanan badan melawan
penyakit.
Penyelidik
mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser
payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di
Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima
dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati
bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
5. Osteoporosis dan
depression
Delima juga diberitakan bermanfaat
untuk melegakan dan melindungi daripada kemurungan dan osteoporosis.
6.Alzheimer's
Badan manusia ada ‘free radicals’,
iaitu molekul2 yang tak satabil yang boleh merosakkan DNA dan sel membran. Ini
selalu membawa kepada kanser dan penyakit lain seperti alzhiemer. Dengam
memakan delima, yang ada antioksidan seperti polyphenols, tannins and anthocyanins, kita
dapat boleh merendahkan risiko kanser, Alzheimer dan penuaan sebelum waktu.
Pengkaji daripada Pusat Perubatan
Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga
kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda
penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian
setiap minggu.
7.Osteoarthritis
Selain kandungan antioksidan, delima
juga ada kandungan yang melawan enzim yang “eats away at cartilage” (istilah perubatan
yang saya belum dapat terjemahkan). Ini
melambatkan serangan osteoarthritis. Delima
juga mengandungi anti keradangan (anti-inflammatory) yang dapat merawat penyakit. Kajian terbaru menunjukkan delima dapat
meningkat nafsu seks lelaki dan wanita.
Bagi pesakit Arthritis, anda patut mencuba delima kerana ia tinggi Potassium
yang membantu mengurangkan symptoms2 arthritis.
8.Membantu merawat Gout
Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh lebihan asid uric
dalam badan. Lebihan uric acid membawa kepada pembentukan Kristal ( “tiny
crystals of urate”) yang ada dalam tisu2
badan terutamanya sendi2. Aapabila Kristal terbentuk di sendi, ia menyebabkan serangan2
berulang pada keradangan sendi (arthritis). Gout adalah satu penyakit yang kronik dan
progresif. Gout yang kronik juga boleh
sebabkan pengumpulan ketulan keras uric acid dalam tisu2, terutama
dalam dan di sekitar sendi dan boleh sebabkan kerosakan sendi, kurangkan fungsi
buah pinggang dan menyebabkan batu karang (kidney stones (nephrolithiasis).
Delima boleh jadi makanan yang dapat mengawal serangan gout yang teruk. Jus delima yang tinggi potassium diperlukan oleh badan untuk melawan serangan gout.
Delima boleh jadi makanan yang dapat mengawal serangan gout yang teruk. Jus delima yang tinggi potassium diperlukan oleh badan untuk melawan serangan gout.
9.Delima adalah Natural Viagra
Menurut satu kajian percubaan,
jus delima berkesan untuk merawat mati
pucuk atau erectile dysfunction
(ED), penyakit yang menyerang 1 dalam 10 orang di seluruh dunia.
ED boleh disebabkan oleh banyak faktor, seperti arterial plaque, darah tinggi, penyakit hati, kencing
manis, kerosakan saraf, atau kemurungan. ED adalah keadaan yang memberi kesan
kepada aliran darah ke zakar semasa ransangan
seksual.
Segelas jus delima sehari boleh memberi kesan
seperti kesan Viagra. Kata saintis ini
disebabkan oleh kandungan antioksidan yang tinggi yang menyebabkan pertambahan
aliran darah.
Jus
delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada
genitals (alat kelamin).
10.Meningkatkan
Berahi Seks
Satu gelas jus delima selama 15 hari sekurang2nya
menurut satu kajian boleh meningkatkan kemampuan seksual.
Pengkaji di Queen Margaret University in Edinburgh mennemui bahawa lelaki dan wanita yg minum jus delima setiap hari selama dua minggu mengalamai pertambahan dalam hormone testosterone, yang meningkatkan nafsu seksual kepada kedua2 jantina.
Kajian melibatkan 58 sukarelawan berumur antara 21 and 64.
Di hujung tempoh dua minggu, kedua2 jantina menunjukkan peningkatan pada tahap testosterone.
Menurut kajian itu lagi, ia juga mengeluarkan ‘adrenal glands dan ovaries’, meningkatkan nafsu berahi wanita dan menguatkan tulang dan otot.
11.Anti-Clogging (Anti – Tersumbat)
Kesan anti penyumbatan (Anti-clogging) adalah kesan dari antioxidants yang banyak didapati dalam
delima. (saluran darah tersumbat)
12.Anti-Penuaan dan anti-kedut
Jus Delima mengandungi Punicic Acid yang merupakan elemen anti-penuaan
dan anti-kedut yang berkesan.
13. Merawat
Putus haid (Menopause)
Jus Delima yang mengandungi phyto-estrogen membantu menyeimbangkan estrogen dan mengurangkan ketidakselesaan akibat menopause.
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
15. Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
16. Merendahkan Tekanan Darah
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
17. Menguatkan Kesihatan Gigi
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
18. Mengurangkan Batuk Dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
19. Mengandungi Kepelbagaian Vitamin
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
20. Delima Amat Disyorkan Diambil Oleh Ibu-Ibu Hamil
·
Jika
diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
·
menjaga
degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
·
menunjang
kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim
wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang
dikandung)
·
kulit
bayi anda sihat, gebu dan cantik
21. Melindungi Otak Bayi
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
22. Lagi Khasiat Delima
·
mengurangkan
batuk dan menghilangkan kahak
·
merawat
'sinus'
·
meningkatkan
tenaga
·
menguatkan
sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
·
Mengatasi
penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
·
menormalkan
fungsi hati
·
menstabilkan
peredaran darah
·
merawat
cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
·
mencuci
darah kotor
Kebaikan Bagi Wanita Yang Mengamalkan Pati Delima
1. Menegangkan payudara
2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)
·
1 sudu
besar sebelum sarapan. (menurut pakar, sebaik2nya semasa perut kosong)
·
Boleh
diminum terus atau dibancuh dengan segelas air.