Wednesday, December 26, 2012

KENAPA PATI DELIMA BAIK UNTUK KESIHATAN?




Oleh: Patty Dellima

Delima Disebut 3 Kali Dalam al Quran
Ini tidak bermakna apa sahaja buah atau makanan yang disebut dalam al Quran mempunyai khasiat perubatan. Selain delima buah lain yang disebut dalam al Quran adalah pisang, anggur, zaitun, Tin (fig) dan Kurma.

Ada yang memberikan logic bahawa buah-buah itu disebut dalam al Quran kerana ia didapati dan dikenalai dalam kalangan orang Arab yang mana al Quran diturunkan di sana. Justeru, jika ditakdirkan al Quran diturunkan di alam Melayu Nusantara, barangkali buah-buahan seperti rambutan dan durian yang akan disebut dalam al Quran.
Saya berpandangan bahawa Allah tidak bercakap dalam bahasa manusia, setiap yang difirmankanNya mempunyai faedah dan makna tersendiri dan makna itu tidak pernah habis jika digali. Justeru, tidak hairanlah jika pebagai keajaiban al Quran ditemui dari Zaman ke Zaman oleh saintis dan pengkaji. Oleh itu, kebarangkalian bahawa buah delima disebut oleh Allah adalah supaya manusia mengambil manfaat darinya adalah sangat besar.

Delima disebut 3 kali dalam al Quran iaitu pada 2 kali dalam Surah al-An’am dan sekali dalam Surah al-Rahman :

1. Surah al-An’am (سورة الأنعام) ayat 99:

وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِنْ طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ انْظُرُوا إِلَى ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ إِنَّ فِي ذَلِكُمْ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (٩٩)

Ertinya: Dan Dia lah Yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan Dengan air hujan itu Segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman Yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) Yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah Yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, Yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan Yang tidak bersamaan. perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan kami) bagi orang-orang Yang beriman.

2. Surah al-An’am (سورة الأنعام) ayat 141:

وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ جَنَّاتٍ مَعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ كُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ (١٤١)

Ertinya: Dan Dia lah (Allah) Yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun Yang menjalar tanamannya dan Yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman Yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, Yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua Yang kamu makan atau belanjakan); Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampau.

3. Surah al-Rahman (سورة الرحمن) ayat 68:

فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ (٦٨)

Ertinya: Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima.

Semua Orang Mahu Hidup Sihat, Tapi Bagaimana?
The trick to healthy living is making small changes...taking more steps, adding fruit to your cereal, having an extra glass of water..these are just a few ways you can start living healthy without drastic changes. You and I can do this! Make small changes for a better you and me!
Dimana Delima?
Iran now ranked 1st place in the world production of pomegranate, with 57,000 hectares of pomegranate gardens. The best place for growing pomegranate fruit is in warm climate regions. One pomegranate fruit includes lots of nutrition with low in calories. In just one pomegranate fruit there is only about 25g of sugar and about 100 calories. Also pomegranate provides: potassium, antioxidants, Vitamin B and Vitamin C and fiber.
Iran ranks 1st in fruit production in the Middle East and North Africa. Iran has been ranked between 8th and 10th in global fruit production in different years. Iran produces Persian walnut, melon, tangerine, citrus fruits, Kiwifruit, dates, cherries, pomegranates, oranges and raisins.

No comments:

Post a Comment